dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Perkhidmatan Pintar Nadi Di Bawah Nadi X Cybersecurity

3 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Sepanjang bulan Oktober 2025, NADI X Cybersecurity meneruskan usaha memperkasakan ilmu keselamatan siber kepada komuniti digital melalui pelbagai program bermanfaat di bawah perkhidmatan pintar NADI.

Program NADI X CYBERSECURITY Bulan Oktober 2025
Dua sesi webinar telah dijadualkan dengan fokus kepada ancaman siber di tempat awam:
1. Ancaman Siber di Tempat Awam: Live Demo Card Clonning and Tracker Gadget Slot 1 – 10 Oktober 2025 (Jumaat), 3:00 pm – 4:30 pm.
2. Ancaman Siber di Tempat Awam: Live Demo Card Clonning and Tracker Gadget Slot 2 – 24 Oktober 2025 (Jumaat), 3:00 pm – 4:30 pm.
Program ini memberi pendedahan secara langsung kepada masyarakat tentang risiko jenayah siber yang sering berlaku di kawasan awam serta lain-lain isu yang berkaitan.
Program Highlight dibawah NADI X CYBERSECURITY bulan September 2025
1. Keputusan Rasmi Final NADI X Cybersecurity Capture The Flag (CTF) Kebangsaan 1/2025
Pusingan akhir CTF peringkat zon telah berlangsung dengan jayanya pada 25 September 2025 dengan penyertaan hebat dari kesemua peserta. Tiga pasukan terbaik diumumkan sebagai pemenang:

● Johan: Team Sentral Borneo B
● Naib Johan: Team Sentral Borneo A
● Tempat Ketiga: Team Selatan A
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semua peserta. Selain membawa pulang hadiah wang tunai dan sijil kemenangan, pengalaman serta ilmu yang diperoleh diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya pada masa hadapan.

2. NADI X Cybersecurity di Event GSMA Westin KL
NADI X Cybersecurity turut mengambil bahagian dalam acara utama GSMA Asia Tenggara yang berfokus pada pembangunan “negara digital” di rantau ASEAN. Program ini memberi peluang mempamerkan usaha memperkasakan pengetahuan keselamatan siber kepada komuniti Malaysia.

Antara objektif utama penyertaan ini ialah:
● Memperkuat kepercayaan digital (digital trust) dengan memastikan sistem, dasar, dan teknologi sentiasa selamat serta boleh dipercayai.

● Menyokong inovasi dan transformasi digital, khususnya bagaimana negara ASEAN boleh meningkatkan taraf sistem digital melalui kerjasama antara kerajaan, swasta dan pemegang taruh lain.
Melalui penglibatan ini, NADI X Cybersecurity bertekad untuk terus mendukung pembangunan ekosistem digital yang lebih inklusif, selamat, dan berdaya saing di peringkat nasional serta serantau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.